KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi melatih dan meningkatkan keupayaan serta kemahiran guru yang mengajar matapelajaran bahasa Inggeris, kata Ketua Setiausahanya, Tan Sri Zulkurnain Awang.
Beliau berkata, jawatankuasa itu juga akan memberi tumpuan kepada usaha merapatkan jurang penguasaan bahawa Inggeris antara bandar dan luar bandar, bukan hanya kepada guru, tapi juga untuk pelajar.
"Kami ingin memastikan bahawa penduduk luar bandar juga akan dapat berkomunikasi dengan baik, setanding dengan pelajar di bandar," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Antarabangsa Kedua berhubung Pedagogi anjuran Institute of International Language Training (IPBA).- Bernama
Sumber: Berita Harian Online, 02 Jun 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan