AKHBAR sisipan Didik akan menyiarkan set soalan ujian percubaan kali keempat yang juga terakhir bagi kertas Bahasa Melayu dan Matematik, pada Isnin ini. Kertas Bahasa Inggeris dan Sains pula pada minggu berikutnya. Sehubungan itu, calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah seluruh negara dinasihatkan memanfaatkan ujian percubaan itu bagi mengukur pencapaian dan menguji kemampuan diri sebelum menduduki peperiksaan sebenar September depan. Soalan yang disediakan bukan saja seiras peperiksaan sebenar, malah dibina berdasarkan skema pemarkahan ditetapkan serta piawaian pembinaan soalan.
Sumber : Berita Harian Online, 7 Ogos 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan