"Santai Hari Guru 2012 : Bah.....ngail"

PIBG SK Limpaku Pinang akan menganjurkan Program Santai Hari Guru : Bah....ngail pada 12 Mei 2012. Program ini adalah merupakan aktiviti pertandingan memancing ikan di persekitaran perairan di Kampung Limpaku Pinang. Ia secara tidak langsung
dapat memperkenalkan keunikan dan keindahan kampung ini kepada masyarakat luar. Selain itu program ini adalah salah satu usaha merapatkan hubungan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa serta agensi kerajaan yang terlibat. Diharapkan program ini akan mendapat sambutan dan dijalankan dengan jayanya.

Tiada ulasan: