Program Motivasi Zon A (5 Julai 2008)


Seramai lebih 80 orang pelajar dari sekolah-sekolah rendah Zon A Limbang telah mengikuti Program Motivasi Zon A di Makmal Komputer SK Melayu Pusat di sini semalam.

Dalam program tersebut juga seramai 18 orang guru bertindak sebagai fasilitator dan pembantu fasilitator. Selain memberi motivasi kepada pelajar yang hadir ke program tersebut, pelajar didedahkan dengan keadah dan tip menjawab soalan-soalan UPSR.

Sekolah-sekolah Zon A terdiri daripada SK Limpaku Pinang, SK Gadong, SK Merambut, SK Tiga Kampong, SK Telahak, SK Melayu Pusat dan SK Limbang. Menurut Guru Besar SK Melayu Pusat merangkap Pengerusi Zon A menyatakan program ini akan diteruskan bagi kumpulan kedua yang akan diadakan pada masa terdekat.

Tiada ulasan: